Wednesday, August 17, 2011

Kembali Setelah Lama Menyepi...


Merenung masa depan...ceewahh!
Assalamualaikum....
Lama rasanya aku meyepi dari blog penternakan ni..huhuu..lepas kawin terus senyap..lama sangat honeymoon ke?? hahaha.. tak de la..sibuk bekerja mencari nafkah untuk rumah tangga..cewahh!
actually tak de apa yang nak diceritakan sangat..sebab tu la aku senyap je..lepas dapat kerja baru aku dah slow kt penternakan ni..almaklumlah busy sikit..arnab semua aku dah jual..yang ada tinggal itik nila jela..hurmmm..tiga bulan kerja kat estate ni kulit aku pun dah jadi hitam legam..sikit lagi nak macam negro..wahaha..tapi demi cita-cita aku tahan jela..kalau nak banding dengan orang muda lain siapa la yang sanggup nak keje estate cam aku ni..semua nak keje opis..ada aircond..tapi aku peduli apa pun..orang lain taknak tapi aku nak...hahahaha

Bakal2 Manager Estate...

untung woo keje dalam bidang plantation ni...buktinya..semua free..rumah free..api air free..masa bekerja flexible...masa rehat panjang siap leh balik umah tido beb..pastu..jeng jeng jeng...baru 2bulan keje elaun dah naik beb..bulan depan gaji lak naik...pehhh..orang lain nak naik gaji pun nangis betahun-tahun...huhuhu..alhamdulillah la rezeki aku..taun depan jadi assistant manager naik lagi gaji...bonus toksah cite la...banyak bulan wooo...
Petang2 takde kerja cabut ubi kat nursery..buat berbuka...huhuhu

negative thinking masyarakat pasal kerja dalam estate ni susah nak ubah..FYI aku kerja dalam estate bukan dalam hutan..orang cakap duduk dalam estate ni cam tak kenal dunia luar..tak becampur masyarakat..actually sama je duk kat mana pun..kita kan zaman moden..semua kat ujung jari je..jadi kepada rakan-rakan yang baru graduate ps2 dok kira bulu biri-biri pasal takde keje menganggur tu elok la rebut peluang kerjaya dalam bidang plantation ni..toksah takut kulit itam..asalkan poket penuh..duit leh simpan bnyak-banyak pasal semua free..oh ye..sebelum terlambat aku nak ucapkan selamat menyempurnakan ibadah puasa..


Wednesday, May 4, 2011

Arnab Dah Sold Out..

Assalamualaikum...
Ingat x arnab 3 pasang induk ngn 6ekor anak yg aku nk jual ari 2 dengan harga RM300..ok la 12ekor total rm300..aku tgk ada je yg jual sekor smpai RM100++..baka sama jugak..bukan kacuk ngn kucing pun...aku nk jual 12 ekor ngn harga RM300 pun org cakap mahal..mintak kurang la bang..ko pergi la cari tempat len klau leh dpt murah...tunggu punya tunggu orang xde nak bli..aku semelih jela wt makan..tinggal 2 pasang induk ngn 6ekor anak..ps2 ada orang dari bukit gambir kawan wan cikot(tanjung labuh agrofarm) datang bli..aku tolak je kt dia rm150 tuk 2induk ngn 4anak..2ekor anak lg aku simpan..xde pun dia mengadu mahal ke..dia terus sambar je..orang melayu ni kalau boleh nak FREE jela..aku jual harga standard orang cakap mahal..bila jual borong orang ckp baka xbekualiti..what the fuck man!..ko rogol la arnab 2 ngn benih ko klau nk baka bekualiti..hahaha..

Sunday, April 24, 2011

Untuk di letgo...








3 pasang induk..4ekor anak..RM200..013-6526668

Saturday, April 23, 2011

Sewaktu Anak Adam Dilahirkan...

sewaktu anak adam dilahirkan..telinga kita dilaungkan azan..untuk mengelakkan gangguan syaitan dan juga awal pedoman...الله أكبر,الله أكبر-Allah maha besar,Allah maha besar..أشهد لا اله إلا الله-aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah..أشهد أن محمدا رسول الله -aku bersaksi nabi muhammad itu rasullullah...
حي على الصلاة -marilah mengerjakan solat... حي على الفلاح - marilah menuju kejayaan..tetapi kini pedoman itu kita tinggalkan..bukan Allah tetapi artis yang diagung-agungkan..sunnah nabi muhammad tidak lagi jadi ikutan..solat ditinggal-tinggalkan..bangsa lain sibuk mengejar ilmu untuk kemajuan..tetapi kita lalai dengan hiburan..ilmu yang menjadi kewajipan kita biarkan..kita semakin ketinggalan..bangkitlah wahai ummah..sedarlah dari kesilapan..ingatlah apa yang dilaungkan..sewaktu anak adam dilahirkan...-haidir,2011

Pesanan Dari Seorang Sahabat...

kesusahan itu mengajar kamu erti pengorbanan...pengorbanan menjadikan hati kamu tabah..ketabahan hati membuatkan kamu tidak mengenal erti berputus asa..dengan tidak berputus asa kamu semakin menghampiri kejayaan..bila kamu beroleh kejayaan ingatlah kamu untuk beserdehanaan..jangan pula kamu riak mengatakan itu semua dari usahamu yang selama ini kau mahukan.. ingatlah sedikit dari rezekimu ada hak-hak orang yang memerlukan..hidup ini umpama roda yang berputaran..semoga kamu tidak kembali pada asalnya kesusahan,kerana terlalu bermewah-mewahan..ingatlah kamu untuk bersedekah,berzakat dan melakukan kebaikan..semoga kamu beroleh keberkatan dan ketenangan..marilah sahabat-sahabatku kita fikir-fikirkan..hidup didunia ini tidak selamanya berkekalan...
ikhlas dariku--haidir,2011
bukan pujian yang aku mahukan..hanya saling beringat-ingatan..manusia dikala ini semakin alpa dan kesestan..dek panorama dunia yang di igau-igaukan..duit,pangkat harta yang kita kejar2kan..sampaikan kita saling bercakaran..inilah hakikat dunia yang diagung-agungkan..bila ada segalanya kita lupa daratan..sampaikan ibu bapa dibuang2kan..tidak ingatkah kita apa yang mereka korbankan? bila berjaya mcm dunia ini ana yg punya kn??..insaflah wahai teman...

Thursday, April 21, 2011

Warkah untukmu...bakal isteriku...



Menyingkap kembali detik-detik perkenalan 5 tahun lalu tidak terlintas dihati ini untuk menjadikan kau kekasih hatiku..yela waktu itu aku hanya menganggap kau temanku belajar.. kau pula selalu menjadikanku tempat rujukan tentang sesuatu pelajaran yang kau kurang fahami..aku ni pula memang minatku mengajar orang..niatku untuk mengukuhkan fahaman ilmu yang aku pelajari..lagipun memang ‘taste’ aku awek-awek cun..jadi aku tak berapa nak kisahkan kau masa tu..yang aku tahu bila kau minta aku ajar aku akan adakan masa untuk mengajar kau..Kolej Matrikulasi Johor menjadi saksi segalanya..daripada seorang rakan kau menjadi kekasihku..kau ingat lagi tak macam mana cinta kita mula berputik? Bila teringat kembali mesti kita rasa nak tergelak kan..aku ingat lagi pada malam itu kita berjumpa..kau kata padaku kau ingin keluar dari matrikulasi sebab keputusan semester pertama kau tak berapa elok pada pendapat kau untuk teruskan pelajaran di matrikulasi..kau ingin menyambung pelajaran ke peringkat diploma di UiTM..kau kata kau minat sangat ‘course’ elektronik..kau kata lagi kalau kau teruskan pelajaran di matrikulasi kau tak yakin boleh dapat ‘pointer’ yang tinggi untuk kau melayakkan diri mengambil subjek engineering di university nanti..kau minta pandanganku..aku sebagai rakan hanya mengangguk tanda setuju..tapi entah kenapa air mataku mula bergenang..terasa sebak..seolah-olah hati ini tak membenarkan kau pergi walaupun mulut mengiyakan..kau bertanya kepadaku kenapa menangis…aku tak tahu nak menjawab..aku tiada jawapan..yang aku tahu pada masa itu aku akan kehilangan seseorang..yang amat bermakna dalam hidupku…kita balik ke hostel masing-masing..kau ajukan SMS kepadaku kenapa aku bersedih..aku cakap aku tak mahu kehilangan kau..kau pula merasa pelik..yela aku pun tak pernah mengucapkan aku cinta pada kau..kau pula tertanya-tanya mengapa diri kau yang aku pilih sedangkan waktu itu aku ramai berkawan dengan awek-awek yang cantik..kau sering merendah-rendahkan diri kau berbanding dengan perempuan-perempuan lain yang aku kenali..tapi percayalah bukan kecantikan luaran yang aku cari..aku selalu berkata pada kau pada masa itu..’sekarang nak cantik senang..teknologi dah macam-macam..masuk saloon sana sini cantiklah nanti’..tapi kecantikan hati ini tiada saloon yang boleh mengubahnya..kau sentiasa bersetuju dengan kata-kataku ini..

Aku merelakan pemergian kau ke UiTM Pulau Pinang demi mengejar cita-cita kau sementara aku meneruskan perjuanganku di matrikulasi..walaupun jarak memisahkan kita tapi aku tetap setia pada kau..dengan keputusan peperiksaan yang baik aku dapat meneruskan pendidikan di USM..jarak kita kembali dekat..di negeri orang ini bertambahlah episode suka duka dalam kehidupan kita..susah senang kita kongsi bersama..apa yang aku tak cukup kau tambahkan..apa yang kau tak cukup aku tambahkan..yela kita bukan dari keluarga yang senang lenang..kau ingat tak lagi apa yang kita buat tuk tambah duit poket? Macam –macam kita buat..kau amik tempahan buat perhiasan manik Kristal..bila hujung minggu kita sama-sama siapkan tempahan tu dekat tasik dalam USM..sambil-sambil dating..sambil-sambil makan..best sangat..kawan-kawan aku cakap aku macam pondan buat benda2 manik tu..tapi aku tak kesah pun..diorang tau apa..nak dapat duit senang..minta je kat mak bapak diorang..banyak perkara yang membuatkan aku amat ‘respect’ kat kau..kau amat-Amat berdikari orangnya..kau sanggup naik turun hostel yang Sembilan tingkat tu tuk jual nasi lemak tiap malam dengan upah 20sen sebungkus demi menambah duit poket..kau kumpul tin-tin aluminium dan jual…ahhh..bila teringat semua ni mesti aku akan menangis..kau terlalu tabah..terlalu kuat.. bila aku melihat jerit perih kehidupan kau membuatkan aku rasa insaf..aku berjanji tidak akan sia-siakan diri kau..

Biasa la manusia sering lupa pada janji-janjinya…bila berkenalan dengan perempuan lain membuatkan aku lupa pada kau..mudah untuk aku memutuskan ikatan cinta kita..ahhhh..lelaki semuanya sama kata kau..tetapi setiap ikatan baru yang ingin aku bentuk pasti tidak Berjaya..terlalu kuat ikatan cintaku pada kau..walaupun aku jarang mengucapkan I love u tetapi aku mahu kau tahu betapa aku amat menyanyangi kau..jikalau hendak diingatkan kembali satu persatu yang terjadi dalam perhubungan kita ini pasti tidak akan dapat aku karangakan dalam sehari..Cuma yang aku pasti tatkala aku susah..berdukacita..kau tetap disampingku..kaulah semangatku..segala yang terjadi meguatkan cinta kita..mendewasakan kita..selepas tamat pengajian di universiti kita masing-masing mendapat pekerjaan..kita mula berfikir untuk meneruskan episode cinta kita ini ke satu tahap lagi..iaitu alam perkahwinan..aku sentiasa setuju..tiada dolak-daliah memberi alasan untuk tidak berkahwin dengan kau..aku pernah berjanji untuk mengahwini kau dan itu yang akan aku lakukan..kita mula merancang untuk bertunang..hari ketiga aidilfitri tahun 2010 menjadi saksi ikatan pertunangan kita..semacam tidak percaya aku sudah menjadi tunangan orang..kita berjanji untuk mengikat tali pertunagan ini selama setahun tetapi perkara yang baik buat apa kita tangguh-tangguh lagi ye tak? Hurrmmm..pejam celik pejam celik kurang 11 hari lagi kita bakal menjadi suami isteri.. 1 mei 2011 kau akan menjadi isteriku..aku pula akan menjadi suamimu..hari ini aku akan menjawab soalanmu tentang sama ada aku sudah besedia menjadi suamimu atau tidak..jawapanku…’jika dahulu aku tidak menduga kau akan hadir dalam hidupku begitulah kini aku tidak menduga kau akan menjadi isteriku..klau Allah S.W.T telah menetapkan kau sebagai jodohku aku akan memikul tanggung jawab ini dengan redha..aku akan membimbingmu menjadi isteri, ibu, menantu dan anak yang solehah..yang baik..semoga perkahwinan kita mendapat keberkatan…semoga susah dan senang kita sentiasa bersama..bahagia di dunia dan akhirat’…kepada bakal isteriku…aku amat menyayangimu..selamanya…sehingga ke syurga..Insya Allah…

Kami dah nak menikah...huhuhuu



Assalamualaikum..
Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah S.W.T..setelah lebih 5tahun usia perkenalan kami (haidir & neeza) kami bakal disatukan pada 1 mei 2011..kepada semua rakan penternak doakanlah kebahagiaan kami didunia dan diakhirat..kami mengambil kesempatan ini untuk menjemput rakan-rakan penternak ke majlis perkahwinan kami pada 1 mei 2011..alamatnye:

151 kampung parit kasan
84800 bukit gambir
ledang johor

kalau xtahu jalan leh guna GPS


Saturday, April 9, 2011

Canon DSLR 1000D untuk dijual!!

salam semua..
saya mempunyai sebuah camera DSLR Canon model 1000D untuk dijual dengan harga RM1300
harga asal masa beli RM1850..baru guna 6 bulan..ada 1tahun 6bulan lg warrranty..
sebab nak jual pasal tak guna sangat..berminat leh call sy 013-6525668

Thursday, January 6, 2011

PUYUH FROZEN


Nantikan kemunculan produk baru dari kami..

Klik Dan Menang 1Juta!..huhuhu

Preview Blog Kawan2