Menyingkap kembali detik-detik perkenalan 5 tahun lalu tidak terlintas dihati ini untuk menjadikan kau kekasih hatiku..yela waktu itu aku hanya menganggap kau temanku belajar.. kau pula selalu menjadikanku tempat rujukan tentang sesuatu pelajaran yang kau kurang fahami..aku ni pula memang minatku mengajar orang..niatku untuk mengukuhkan fahaman ilmu yang aku pelajari..lagipun memang ‘taste’ aku awek-awek cun..jadi aku tak berapa nak kisahkan kau masa tu..yang aku tahu bila kau minta aku ajar aku akan adakan masa untuk mengajar kau..Kolej Matrikulasi Johor menjadi saksi segalanya..daripada seorang rakan kau menjadi kekasihku..kau ingat lagi tak macam mana cinta kita mula berputik? Bila teringat kembali mesti kita rasa nak tergelak kan..aku ingat lagi pada malam itu kita berjumpa..kau kata padaku kau ingin keluar dari matrikulasi sebab keputusan semester pertama kau tak berapa elok pada pendapat kau untuk teruskan pelajaran di matrikulasi..kau ingin menyambung pelajaran ke peringkat diploma di UiTM..kau kata kau minat sangat ‘course’ elektronik..kau kata lagi kalau kau teruskan pelajaran di matrikulasi kau tak yakin boleh dapat ‘pointer’ yang tinggi untuk kau melayakkan diri mengambil subjek engineering di university nanti..kau minta pandanganku..aku sebagai rakan hanya mengangguk tanda setuju..tapi entah kenapa air mataku mula bergenang..terasa sebak..seolah-olah hati ini tak membenarkan kau pergi walaupun mulut mengiyakan..kau bertanya kepadaku kenapa menangis…aku tak tahu nak menjawab..aku tiada jawapan..yang aku tahu pada masa itu aku akan kehilangan seseorang..yang amat bermakna dalam hidupku…kita balik ke hostel masing-masing..kau ajukan SMS kepadaku kenapa aku bersedih..aku cakap aku tak mahu kehilangan kau..kau pula merasa pelik..yela aku pun tak pernah mengucapkan aku cinta pada kau..kau pula tertanya-tanya mengapa diri kau yang aku pilih sedangkan waktu itu aku ramai berkawan dengan awek-awek yang cantik..kau sering merendah-rendahkan diri kau berbanding dengan perempuan-perempuan lain yang aku kenali..tapi percayalah bukan kecantikan luaran yang aku cari..aku selalu berkata pada kau pada masa itu..’sekarang nak cantik senang..teknologi dah macam-macam..masuk saloon sana sini cantiklah nanti’..tapi kecantikan hati ini tiada saloon yang boleh mengubahnya..kau sentiasa bersetuju dengan kata-kataku ini..
Aku merelakan pemergian kau ke UiTM Pulau Pinang demi mengejar cita-cita kau sementara aku meneruskan perjuanganku di matrikulasi..walaupun jarak memisahkan kita tapi aku tetap setia pada kau..dengan keputusan peperiksaan yang baik aku dapat meneruskan pendidikan di USM..jarak kita kembali dekat..di negeri orang ini bertambahlah episode suka duka dalam kehidupan kita..susah senang kita kongsi bersama..apa yang aku tak cukup kau tambahkan..apa yang kau tak cukup aku tambahkan..yela kita bukan dari keluarga yang senang lenang..kau ingat tak lagi apa yang kita buat tuk tambah duit poket? Macam –macam kita buat..kau amik tempahan buat perhiasan manik Kristal..bila hujung minggu kita sama-sama siapkan tempahan tu dekat tasik dalam USM..sambil-sambil dating..sambil-sambil makan..best sangat..kawan-kawan aku cakap aku macam pondan buat benda2 manik tu..tapi aku tak kesah pun..diorang tau apa..nak dapat duit senang..minta je kat mak bapak diorang..banyak perkara yang membuatkan aku amat ‘respect’ kat kau..kau amat-Amat berdikari orangnya..kau sanggup naik turun hostel yang Sembilan tingkat tu tuk jual nasi lemak tiap malam dengan upah 20sen sebungkus demi menambah duit poket..kau kumpul tin-tin aluminium dan jual…ahhh..bila teringat semua ni mesti aku akan menangis..kau terlalu tabah..terlalu kuat.. bila aku melihat jerit perih kehidupan kau membuatkan aku rasa insaf..aku berjanji tidak akan sia-siakan diri kau..
Biasa la manusia sering lupa pada janji-janjinya…bila berkenalan dengan perempuan lain membuatkan aku lupa pada kau..mudah untuk aku memutuskan ikatan cinta kita..ahhhh..lelaki semuanya sama kata kau..tetapi setiap ikatan baru yang ingin aku bentuk pasti tidak Berjaya..terlalu kuat ikatan cintaku pada kau..walaupun aku jarang mengucapkan I love u tetapi aku mahu kau tahu betapa aku amat menyanyangi kau..jikalau hendak diingatkan kembali satu persatu yang terjadi dalam perhubungan kita ini pasti tidak akan dapat aku karangakan dalam sehari..Cuma yang aku pasti tatkala aku susah..berdukacita..kau tetap disampingku..kaulah semangatku..segala yang terjadi meguatkan cinta kita..mendewasakan kita..selepas tamat pengajian di universiti kita masing-masing mendapat pekerjaan..kita mula berfikir untuk meneruskan episode cinta kita ini ke satu tahap lagi..iaitu alam perkahwinan..aku sentiasa setuju..tiada dolak-daliah memberi alasan untuk tidak berkahwin dengan kau..aku pernah berjanji untuk mengahwini kau dan itu yang akan aku lakukan..kita mula merancang untuk bertunang..hari ketiga aidilfitri tahun 2010 menjadi saksi ikatan pertunangan kita..semacam tidak percaya aku sudah menjadi tunangan orang..kita berjanji untuk mengikat tali pertunagan ini selama setahun tetapi perkara yang baik buat apa kita tangguh-tangguh lagi ye tak? Hurrmmm..pejam celik pejam celik kurang 11 hari lagi kita bakal menjadi suami isteri.. 1 mei 2011 kau akan menjadi isteriku..aku pula akan menjadi suamimu..hari ini aku akan menjawab soalanmu tentang sama ada aku sudah besedia menjadi suamimu atau tidak..jawapanku…’jika dahulu aku tidak menduga kau akan hadir dalam hidupku begitulah kini aku tidak menduga kau akan menjadi isteriku..klau Allah S.W.T telah menetapkan kau sebagai jodohku aku akan memikul tanggung jawab ini dengan redha..aku akan membimbingmu menjadi isteri, ibu, menantu dan anak yang solehah..yang baik..semoga perkahwinan kita mendapat keberkatan…semoga susah dan senang kita sentiasa bersama..bahagia di dunia dan akhirat’…kepada bakal isteriku…aku amat menyayangimu..selamanya…sehingga ke syurga..Insya Allah…
No comments:
Post a Comment