Assalamualaikum...Alhamdulillah syukur..tadi balik makan tengah hari dapat 1 berita yang mengembirakan..anak la itik..anak itik turun 6 ekor..huhuhu..lama gak nk tunggu itik ni beranak.Penantian yang sabar selama ini ahirnya berbaloi..lahirlah 6 ekor anak itik kedunia..
seronok sangat rasenye..dah lama tak main dengan anak itik..
hurmmm..rasanye ada dekat setaun lebih la tunggu itik ni beranak..selama ni telur asyik tak jadi je..tapi takpe..proses pembelajaran tu bermula dari kegagalan..klau tak pernah gagal kte takkan pernah berjaya..sebab? sebabnye dari kegagalan itu la kte pelajari macam2..faktor2 yang membuatkan kita gagal..dan kita pelajari bagaimana nak memperbetulkan ape yang membuatkan kita gagal dan seterusnya Insya Allah berjaya..
6ekor bukanlah satu angka yang banyak..tapi kepuasan yang kita rasai itu lagi besar maknanya..kegagalan demi kegagalan yang diahiri oleh kejayaan..hidup kita takkan lepas dari pelbagai ujian..saya ingat lagi permulaan membela itik pedaging yang membuatkan saya kerugian lebih 10ribu..kita merancang dan Allah yang menentukan..go with the flow..buat sesuatu dengan ikhlas dan istiqamah(usaha yang berterusan) dan jangan kufur dengan nikmat yang diberikanNya walaupun ape yang kita dapat tu tak banyak..
No comments:
Post a Comment