Assalamualaikum..semalam masuk hari ke 6 menternak puyuh..setakat semalam dah 50ekor anak puyuh mati..huuuuuuuuuuuu...susah juga nak bela ank kecil ni..hehehe lagi2 la sekarang ni musim hujan..saya pun dah naik demam dah ni..ble hujan je risaukan puyuh2 tu terus amik baju hujan kuar buat pemantauan takut2 anak puyuh kesejukan..pagi ni Alhamdulillah tiada kematian direkodkan...
masuk hari ke 7..pembesaran anak puyuh 2x ganda saiz masa dia baru lahir..pembesaran sekata..badan padu..sebenarnya saya tak tau nak bagi puyuh ni makan ape..so bagi dedak hitam yang selalu bagi ayam makan..bedal jela..pasal dedak itam ni bagi kat ayam cepat besar..tapi dedak ni panas..air kena sentiasa ada..kepak dan bulu pelepah dah mula tumbuh..yang saya sedar puyuh ni memang kuat makan..beli dedak seguni setakat 7 ari ni dah kurang 1/3..dasyat gler diorang kenduri..huhuhuhuhu
50ekor yang mati tu pada saya bukan 1 bilangan yang sikit..yela pasal baru mula ternak kn..tapi ianya 1 pengalaman yang berharga..dari kematian tu saya belajar macam mana nak menganggar nisbah ruang dengan bilangan puyuh..pemakanan puyuh..suhu dan kelembapan..saya berharap projek ini akan berjaya..doakan kejayaan kami..sekian..
No comments:
Post a Comment