Monday, July 26, 2010

Kepentingan Mencuci Bekas Makan dan Minuman Ayam

Assalamualaikum....seringkali kita terlepas pandang kepentingan mencuci bekas makanan dan minuman ayam ni..bila ayam dah sakit baru la kita terkial2 nak cari ape puncanya..penyakit ni disebarkan dengan tiga cara seingat saya la pasal dah lama tinggal buku biologi..hehehehe melalui udara(air borne diesease) melalui air dan ketiga dengan cara jangkitan..

cuba kita tengok bekas minuman ayam kita..adakah bekas minuman ayam anda sama dengan saya?hahaha..tebal kulatnye..hehehe..so tadi saya mengambil keputusan untuk mencucinya..sental abis2 pastu rendam dengan air suam..ingat..air suam..klau air panas alamatnya kena beli yang baru la pasal dah kemek kena air panas..hihihihihih

lebih2 lagi la kalau kita nak bagi ubat atau vitamin yang campur kat dalam air minuman 2..dah tentu2 la bekas kena bersih kalau tak ubat super AAA ke ultra hebat pun tak bekesan la..kalau nak lagi bagus cuci la dengan detol..ala..untung banyak jual ayam takkan la kebajikan ayam takleh nak jaga kan..

memang la ada orang cakap ayam kampung tahan penyakit..tak payah ubat2..makan bagi campak kat tanah je pun tak pe..tapi kita pikir la sikit..ayam kampung tu kita bela..ada yang berkurung lak 2..sedikit sebanyak dah ilang kekampungan dia tu haaaa.....macam orang kampung berhijrah kat bandar la..setahan2 dia dapat penyakit kat kampung bila kat bandar senang pulak kena penyakit..macam tu la jugak ayam tu...

so tadi pas balik dari kerja saya pun basuh la sume bekas minuman dan makanan ayam..pas basuh rendam ngan air suam..pastu masukkan ubat vitamin...haa..lagi satu kalau boleh kalau bagi ayam air ubat ke air vitamin ni campur la dengan air suam..kita makan ubat pun dengan air suam..air yang dah masak..dah tentu2 air air paip tu banyak klorin bnyak bakteria..

ok la..sekian saja untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan rakan2 penternak...

Blog baru

Assalamualaikum..dh lama jugak tak menaip blog ni..hehe..sekarang saya guna blog ni psl alamat blog dulu nzhagrofarm.blogspot.com 2 dh kena hacked.so tepaksa la pindahkan ke akaun baru nzh-agro-farm.blogspot.com.untuk memudahkan lagi saya dh daftar domain percuma kt www.co.cc dan buat forwarding url nzhagrofarms.co.cc.hurmmm..bosan2 ujung minggu ni saya buat lg 1 blog yang menyimpan koleksi lagu dan filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pasal sy mmg minat sangat kt karya2 beliau.so sape2 yg sama minat leh la join sekaki (dua kaki pun boleh).klik gamba dibawah untuk ke blog tersebut.layannnn..

Saturday, July 17, 2010

Renovate Reban Ayam


hehehe...arini ari sabtu..boring tak tau nak buat ape arini..tengok belakang umah ada baki kayu dulu2..so kuar jap p kedai beli jaring 2meter ngan paku renovate reban lama buat 2tingkat.Untuk prncangan masa depan pasal minggu ni ada telur nak metetas lagi.takkan la asyik nak buat reaban je tiap kali telur menetas..dh renovate reban ini anak2 ayam yang dh 2 bulan lebih tu dialihkan ke reban ni so umah lama dia leh letak anak ayam yang bakal menetas nanti..hehehe
ruangnye luas lagi tapi anak ayamnye tak sama batch..kang dia tekwando satu sama lain..krenye macam 2kumpulan samseng la bertempur..kecoh reban jadinye..

Thursday, July 15, 2010

SWOT Analysis

Assalamualaikum..SWOT Analysis.Perkara penting dalam pengurusan tetapi seringkali kita lepas pandang(pasal gopoh sangat nak mulakan bisnes..hehehe).Tak kira la dalam apa2 pengurusan sekalipun SWOT Analysis sangat penting terutamanya dalam pengurusan perniagaan(pasal melibatkan untung dan rugi).SWOT Analysis adalah satu pelan strategik untuk mengenalpasti faktor-faktor persekitaran luaran dan dalaman yang mempengaruhi sesuatu projek atau perniagaan iaitu kekuatan(Strengths), kelemahan(Weeknesses), peluang(Opportunities) dan halangan(Threats).


Environmental Scan
/
\
Internal Analysis
External Analysis
/ \
/ \
Strengths Weaknesses
Opportunities Threats
|
SWOT Matrix

Tujuan utama SWOT Analysis adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor dalaman(internal) dan luaran(external) yang penting dalam mencapai matlamat dan objektif sesuatu projek atau perniagaan.Faktor-faktor dalaman ini termasuklah model 4P iaitu Price(harga) Product(produk)
Place(tempat) dan Promotion(promosi).Contohnye sebagai penternak, kita mesti mengenal pasti apakah kekuatan dan kelemahan kita dan juga peluang dan halangan yang ada.Semuanya saling berkait rapat.contoh:

Strenghts
  • lokasi berdekatan dengan jalan besar
  • mudah mendapat sumber bekalan mentah
  • lokasi berdekatan sumber air
  • tenaga kerja yang murah
Weknesses
  • kurang sokongan ahli keluarga
  • kekurangan modal
  • jauh dari sumber api dan air
  • jauh dari jalan besar
Opportunities
  • permintaan pasaran yang besar
  • anda pioneer di kawasan anda
  • perniagaan mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan
  • tidak ramai yang melakukan bisnes seperti anda di kawasan berdekatan
Threats
  • undang-undang
  • harga
  • persaingan
  • orang khianat

sedikit tambahan
  • S-O strategies pursue opportunities that are a good fit to the company's strengths.

  • W-O strategies overcome weaknesses to pursue opportunities.

  • S-T strategies identify ways that the firm can use its strengths to reduce its vulnerability to external threats.

  • W-T strategies establish a defensive plan to prevent the firm's weaknesses from making it highly susceptible to external threats.

Wednesday, July 14, 2010

Apa Itu Bioaccumulation?

Assalamualaikum..heeee..hari ni topik agak serius sikit.Apa Itu Bioaccumulation? penting ke tak penting ke kita nak ketahuinya? Saya sebenarnya pemegang ijazah sarjana muda sains gunaan(biology) major biology persekitaran.Saya rasa terpanggil untuk menyampaikan sedikit ilmu ini tatkala ramai orang mengejar cita-cita dan kehendak mereka tanpa menghiraukan alam sekitar.Sebagai contoh kita boleh lihat negara China yang pada satu masa dahulu jarang-jarang mendapat bencana alam tetapi kita lihat akhir-akhir ini bencana datang menimpa-nimpa pada negara tersebut.

"Sesungguhnya Bencana Yang Menimpa Itu Terjadi Atas Perbuatan Tangan Manusia Itu Sendiri"

Apa itu bioaccumulation? Bioaccumulation adalah pengumpulan bahan-bahan kimia terutamanya dari persekitaran sebelum ianya diambil (masuk ke dalam) oleh organisma pertama dalam rantaian makanan.Kes paling popular disebabkan oleh bioaccumulation ini adalah di Jepun pada tahun 1956 ia dipanggil Minamata diesease.Ianya berlaku apabila pembebasan methyl mercury oleh kilang perindustrian kepada sungai di situ.Mercury adalah bahan kimia yang sangat toksik,beracun dan boleh menyerap kedalam kulit.Apabila bahan ini dibebaskan kedalam sungai bersama bahan-bahan lain,bahan-bahan kimia ini akan saling bertindak balas dan mungin membentuk substrat yg lain.Bahan-bahan kimia yang berbahaya ini akan menyerap kedalam badan haiwan akuatik pada rantai pertama makanan iaitu plankton(pengeluar).Plankton dimakan oleh ikan kecil(pengguna pertama) ikan kecil dimakan oleh ikan besar(pengguna kedua) dan seterusnya sampai la kepada kita iaitu manusia.Bayangkan daripada pengeluar pertama sampai kepada kita bahan-bahan kimia tersebut terkumpul(accumulate) dari satu organisma ke satu organisma dalam rantaian makanan sehingga menjadi banyak.Itulah yang dinamankan bioaccumulation.

Bila kita lihat aktivist-aktivist alam sekitar membuat kempen betapa pentingya menjaga persekitaran kita mudah merasa jengkel,memandang sinis usaha tersebut.Tanyalah diri anda, mahukah negara yang kita cintai ini mendapat bencana alam seperti di negara china? tepuk dada tanyalah hati dan berfikirlah sebelum bertindak.Apa yang saya belajar semasa di Universiti Sains Malysia dulu saya praktikkan sampai ke harini.Sebagai contoh jika ke kedai saya hanya meminta beg plastik untuk barang yang bnyak sahaja.selagi muat saya akan masukkan dalam satu beg plastik sahaja.Kita tahu bahawa untuk meleraikan plastik mengambil masa 500tahun.Saya juga mengelakkan penggunaan polistrin.polistrin amat-amat berbahaya terutama bila bertindak dengan suhu.jadi jangan minum air suam dengan cawan polistrin dan anda boleh mengelak kanser darinya.

Mungkin anda belum mendapat gambaran yang jelas tentang kesan dari bioaccumulation ini.di bawah ini adalah beberapa gmabar kesan dari bioaccumulation.

Jadi marilah kita sama-sama sedarkan diri kita supaya menghargai alam sekitar kurniaan Allah S.W.T menjaga dan mendidik keluarga,anak-anak dan komuniti kita supaya kita semua terhindar dari bala bencana.Sekian...

Thursday, July 8, 2010

Facebook Group:Jaringan Penternak Melayu


Description:
Mengumpulkan usahawan-usahawan Melayu terutamanya dari bidang penternakkan dan pertanian bagi mewujudkan satu jaringan atau rangkaian untuk kita bekerjasama dan saling membantu dalam pelbagai aspek seperti bekalan benih dan makanan pemasaran dan berkongsi ilmu pengetahuan dalam bidang ini.Diharapkan suatu masa nanti kita akan dapat menguasai pasaran ternakkan dan pertanian di Malaysia dan dunia.

Assalamualaikum...marilah kita sama2 menyertai group ini bagi mengumpulkan seberapa ramain penternak petani melayu untuk kita sama-sama mempromosikan ternakkan kita semua dan berkongsi ilmu pengetahuan sesama kita dan menjaga kepentingan kita bersama.

search di facebook : Jaringan Penternak Melayu

Tuesday, July 6, 2010

Sedikit Cadangan Untuk Para Penternak Melayu

Assalamualaikum...tujuan saya menulis ini hanyalah untuk memberi sedikit cadangan dan bukan nak menunjuk pandai.Kita tau rata2 penternak Melayu ni masih lagi pada sekala kecil-kecilan atau sederhana, masih belum mampu tuk memenuhi pasaran setempat inikan pula nak pasarkan luar dari tempat kita itu.Jikalau berlaku sesuatu musibah pula agak sukar untuk kita mendapat bantuan dan sebagainya.cadangan saya adalah supaya kita penternak2 Melayu mewujudkan satu koperasi untuk menjaga kepentingan bersama.berbagai manfaat boleh kita perolehi dari koperasi contohnya boleh kita membeli bekalan makanan dan ubatan ternakan dengan harga pukal,menjaga dan memasarkan hasil ternakan kita bersama atau mungkin juga boleh membuat insurans berkelompok.Kepada otai2 yang sudah lama dalam dunia penternakkan ini dan kepada sesiapa juga yang berpengalaman dalam bidang pengurusan koperasi pemasaran pelaburan dan sebagainya diharap kita sama-sama dapat mempertimbangkannya untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi masyarakat Melayu khususnya.Sekian saja dari saya..wassalam..

Monday, July 5, 2010

Our new logo..hehehe

Tengah bosan2 ni ps install adobe photoshop cs5 test power la ckit pasal dh beberapa minggu tak guna photoshop ni.tengah dok pikir2 nk wtpe 2 terlintas la dpikiran nk buat logo..ha ini hasilnye..

Dah mula betelur balik

Ada la 2ekor ibu ayam dah mula betelur semula..walaupun tak banyak tapi tetap besyukur.sikit ke banyak ke sume 2 Allah yang bagi.ok la bro daripada takde..huhuhuhu sikit pun nak masuk inkubator gak pasal musim ujan.kang ibu ayam main ujan pas2 terus mngeram maka akan tembelanglah telur2 beliau..ahaha

Download Drama Bersiri Adamaya TV3

Adamaya Epidsod 1-24

4shared.com link

http://www.4shared.com/dir/z78GGRI3/adamaya.html

Update gambar arnab

Assalamualaikum..saya ada 2 pasang arnab..tak tau la ape jenis baka. saje je bela2.dah besar baru mula mengawan.hehe moga2 lahirlah arnab2 yang comel yg soleh dan solehah..aminnn..

Friday, July 2, 2010

Jualan Induk Angsa Kelabu

Assalamualaikum..saya nak buka jualan kepada sesiapa yang berminat nak beli induk angsa kelabu.Ada 3ekor 2betina sekor jantan.Harga RM150 seekor borong 3ekor RM400.Berminat leh hubungi 0136525668-haidir

Thursday, July 1, 2010

Nasihat Dari Otai...

Assalamualaikum..ada sesuatu yang menarik untuk dikogsikan bersama..Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat ni saya ambil dari penternak yang boleh dikatakan otai..sumber rujukan saya..

1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..

credit to citypullagro

Klik Dan Menang 1Juta!..huhuhu

Preview Blog Kawan2