Friday, March 19, 2010
Hasil Pertama Dari Inkubator
Setelah gagal dalam 4 kali percubaan akhirnya pada kali ke 5 inkubator kami berjaya juga menetaskan telur-telur ayam kampung..segala setting pada percubaan-percubaan yang lalu telah dibetulkan kali ini dan teknik2 penjagaan yang betul juga telah diaplikasikan..hehehe pengajarannya kalau kita tak cuba kita tak tahu..kalau kita tak gagal kita tak berjaya..kegagalan itu proses pembelajaran dan kejayaan..dan kali ini kami berjaya..mungkin pada sesetengah orang atau otai-otai penternak ayam beranggapan ape la sangat kalau dapat menetaskan anak ayam ni tapi bagi kami semacam satu kepuasan..
sebelum ini kami menggunakan alas surat khabar lama pada inkubator tapi sekarang digantikan dengan kain tuala..tujuannya bagi mengelakkn haba keluar dengan cepat..suhu pengeraman 37.5-38.5 dan kelembapan 55-70..telur-telur ayam yang pada percubaan yang lalu dipusing-pusingkan tapi pada kali ini hanya digerakkan dengan menggunakan tapak selama 5-10 saat..hasil experimen ni kedudukan anak ayam dalam telur tidak berubah..tidak lemas dalam bendalir telur dan semua menetas..anggapan bahawa anak ayam akan melekat pada kulit telur jika tidak dipusingkan meleset sama sekali kerana bendalir dalam telur itu menghalang pelekatan tersebut..
Labels:
Agrofarm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment