Wednesday, February 24, 2010

Salam semua..

assalamualaikum semua..lama sudah rasanya tak update blog ni..huhu..almaklum la sekarang dah ada kerja tetap sebagai pembantu teknik di telekom segamat dan my hubby dapat kerja sebagai fasilitator schoolnet..alhamdulillah..rezeki kami..gaji pun boleh digunakan sikit untuk kembangkan lagi perniagaan pertanian kami..hurmm..nak mula cerita dari mana pun tak tahu..huhu..
ok la..kita cerita pasal itik..baru2 ni itik menetas 11ekor semuanya..comel2 anaknya..tengok la gambarnye..huhu
hurmm..ape lagi ye..haa..kitorang ada buat inkubator untuk tetaskan sendiri telur ayam dan itik kami..pasal ape guna inkubator ini?..banyak sebabnye..ada ayam yang dah bertelur tapi tak nak eramkan..ada ayam lak yang catuk2 telur..pas2 tujuannya nak meningkatkan hasil anak ayam tu..sebab kalau nak tgu ibu ayam tetaskan ps2 besarkan anak dia makan masa smpai 3 4 bulan sebelum dia bertelur balik..so ternakan 2 dapat sentiasa bertelur..dan telur 2 inkubator eramkan..lagi 1 sebabnya musim hujan..kalau musim hujan banyak la telur tak jadi..membazir je..kami nak ucapkan terima kasih kepada citypull agro sebab dari blog beliau kami belajar buat inkubator sendiri..dan terima kasih kepada junaidi kerana telah membekalkan thermostat kepada kami..ini gambar inkubator kami

jenis ternakan kami juga sudah bertambah ahlinya..3ekor angsa kelabu..2 ekor ayam belanda..masih kecil lagi..4ekor ayam siam..pun anak lagi..ternakan ni kami beli kat kedai apek muar sebelah stadium tu..huhu angsa sekor rm60 ayam belanda sekor rm25 ayam siam sekor rm20..saje je beli..nak bagi riuh dengar bunyi2 ternakan ni..dan mana la tau 1 hari nanti boleh jadi cabang baru perniagaan kami..insya allah..


seterusnya..kami mencuba penternakan ikan keli..guna tagki septik je..2tangki 2ribu ekor untuk percubaan..nak try market..belajar peratusan hidup mati dan untung rugi..kalau tinggi peratusan hidup, market pun ok, untung pun ada boleh la nak tambah besar sikit nanti..

No comments:

Post a Comment

Klik Dan Menang 1Juta!..huhuhu

Preview Blog Kawan2